Wednesday, September 10, 2008

Mencari Pelangi II

Friday, September 5, 2008

Pelangi I

Thursday, August 28, 2008

KEPENTINGAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti


Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi


murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.

1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)


Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Wednesday, August 13, 2008

Alamat S24


Tabika Perpaduan Seksyen 24
No.2, Jalan Cili Satu 24/28A
Shah Alam

Guru

Azizah Bt. Hussain

Pembantu Guru

Masturah Bt. Thayar



Tuesday, August 12, 2008

Program Pendidikan Prasekolah - Tabika Perpaduan















Program Tabika Perpaduan diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.

Wednesday, July 30, 2008

Test Video

Saya cuba memasukkan video pembelajaran di Tabika s24 tetapi masih lagi tidak berkesempatan. Jika kerja-kerja saya telah selesai, INSYALLAH saya akan muat turunkan video tersebut.

Friday, July 11, 2008

technorati

Technorati Profile

Thursday, July 10, 2008

AKTIVITI


Sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan disini ialah menjaga kebersihan sekitar.
Posted by Picasa

Thursday, July 3, 2008

Aktiviti Terkini

Oleh kerana Puan Azizah begitu sibuk dengan urusan pelajarannya,maka agak lama juga tidak dapat melihat gambar dan cerita terkini darinya. Tapi dalam sehari dua lagi kemungkinan besar saya akan menghantar gambar dan cerita terbaru beliau untuk ditatapi bersama. InsyaAllah.

Saturday, June 21, 2008

AKTIVITI

Berkemungkinan pada minggu hadapan saya akan masukkan video sewaktu Pn. Azizah mengajar. Sessi ini dirakam khas semasa kedatangan pensyarah praktikum untuk menilai PN. Azizah. Harap Pn. Azizah akan berjaya dengan cemerlangnya.

Sunday, June 15, 2008

TAMBAH ILMU




SATU KRUSUS IAITU '' KRUSUS PENDEKATAN ABM UNTUK GURU-GURU TABIKA PERPADUAN NEGERI SELANGOR TELAH DI ADAKAN DI BAGAN LALANG PADA 15 JUN 2008. PN. AZIZAH JUGA TELAH TURUT SERTA. CUBA TEKA YANG MANA SATU PN. AZIZAH ?
Posted by Picasa

Wednesday, June 11, 2008

AKTIVITI DI DALAM KELAS



Aktiviti-aktiviti sebegini sememangnya kerap dilakukan oleh guru.
Posted by Picasa

Friday, June 6, 2008

BERAKHIRNYA KELAS UNTUK SESSI CUTI.

Maka berakhirlah kelas KDC yang dihadiri Pn.Azizah untuk sessi cuti sekolah. Mulai minggu depan beliau akan mula mengajar kembali anak-anak Tabika Perpaduan s24. SELAMAT KEMBALI.

Tuesday, June 3, 2008

BATIK



Inilah hasilnya sewaktu Pn. Azizah belajar di IPBMM
Posted by Picasa

SESSI PENGAJARAN SEWAKTU DINILAI (PRAKTIKUM)





Tema sewaktu nilaian praktikum ialah HIDUPAN DI AIR
Posted by Picasa

Friday, May 30, 2008

GURU

antara guru yang mengajar dan tidak mengajar.antara guru yang berdisplin dan tidak berdisplin.antara guru yang bercita-cita dan tidak bercita-cita.antaraguru yang rajin dan yang malas.sedikit sangat guru yang membakar diri sendiri.tak percaya lihatlah sendiri.dalam pada itu ramaijuga masyarakat yang tidak menghargai peranan guru dalam mendidik anak-anak.KESIAN GURU.

Timba Ilmu

oleh kerana gurunya,Pn. Azizah Hussain sedang bertungkus lumus menimba sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang kemudiannya akan diberikan kepada anak-anak murid beliau,maka besarlah harapan ibubapa,komuniti seksyen 24 dan JPNIN untuk melihat kejayaan beliau. semoga beliau akan dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T dengan ganjaran keceriaan dan keberkatan ilmu sentiasa hendaknya. sekembalinya beliau dari IPBMM sudah tentulah banyak cerita-cerita dan gambar-gambar menarik yang akan diterbitkan. terima kasih.

Wednesday, May 28, 2008

Cuti Sekolah.

memandangkan cuti sekolah sudah bermula, maka setiap tahun jugalah gurunya, Pn. Azizah Hussain akan mula belajar semula. untuk pengetahuan semua Pn.Azizah masih lagi menuntut di Institut Perguruan Bahasa Melayu, Malaysia. krusus yang beliau hadiri adalah krusus yang dipanggil KDC atau Krusus Dalam Cuti untuk kakitangan kerajaan yang terpilih sahaja. InsyaAllah jika ada gambar-gambar menarik sewaktu beliau belajar, saya akan masukkan kedalam blog in untuk tatapan semua.

Sunday, May 25, 2008

aktiviti terkini di kelas tabika perpaduan s24




oh! rupa-rupanya aktiviti ni diadakan kerana gurunya Pn. Azizah sedang praktikum dibawah seliaan Pn. Norzana dari Institut Perguruan Bahasa Melayu,Malaysia.
Posted by Picasa



oh!mereka nak buat aktiviti ''puppet'' rupanya.
Posted by Picasa



aktiviti terkini di kelas, mengenali binatang liar dan air. macam nak buat sesuatu je...... apa la yang mereka semua nak buat ye agaknya.
Posted by Picasa

Sunday, May 18, 2008

semangat seri kandi


wah! hebatnya ibu-ibu ni. tinggi tu. ni la satu contoh semangat seri kandi yang perlu ada dalam diri setiap wanita. respect la.
Posted by Picasa

peraduan mewarna?




oh! dalam sibuk-sibuk ibu-ibu bergotong royong anak-anak rupa-rupanya ada peraduan mewarna. bagus gak aktiviti ni. tak la anak-anak jadi bosan.
Posted by Picasa

gotong royong di tabika perpaduan s24





kerja-kerja gotong royong bermula pada pukul 8.30 pagi. cuaca tak la panas sangat. ok la tu.
Posted by Picasa

program di s24 bersama anak-anak tabika perpaduan s24




ada baiknya sebelum bergotong royong anak-anak dan ibubapa bersenam aerobik dulu. bila peluh dah keluar baru best buat keje. betul tak?
Posted by Picasa

iframe

Merasa Alam I