Wednesday, March 9, 2011

TABIKA PERPADUAN S24

TABIKA PERPADUAN S24
TABIKA PERPADUAN SERI JATI ARA DAMANSARA
BANYAK CERITA LAGI DI BLOG TABIKA PERPADUAN SERI JATI ARA DAMANSARA OLEH CIKGU AZI.

Wednesday, October 27, 2010

BARBEKIU - MALAM JAMUAN PERPISAHAN 2009


 antara yang hadir jiran wanita, rukun tetangga, ibu bapa dan jptp tabika perpaduan seksyen 24, shah alam

 kanak-kanak menunjjukkan potensi membaca selama setahun belajar di tabika perpaduan seksyen 24, shah alam. buku yang dibaca adalah antara penulisan@karya dari cikgu azizah yang telah diterbitkan pada 2007.

nur adila dianugerah sebagai pelajar cemerlang 2009 
- pemenang tempat kelima dalam pertandingan membaca anjuran Perbadanan Perputakaan Negeri Selangor 2009.
-mewakili bola jaring (shooter) peringkat negeri Selangor
-mewakili tabikarama peringkat negeri Selangor

TABIKARAMA 2009

sessi latihan - tabika perpaduan seksyen 24, shah alam mewakili tabika perpaduan daerah petaling untuk TABIKARAMA TABIKA PERPADUAN NEGERI SELANGOR 2009.
 
penari-penari tarian kuda kepang dan tarian asyik


si kecil berbakat besar.

tarian asyik diiringi tarian kuda kepang

antara aksi yang memukau dan hebat. 3 penari kuda kepang membuat lompatan bersilang bersama kuda kepangnya.



 hari tabikarama bermula dan kanak-kanak menunggu giliran
 SERAMAI 22 ORANG KANAK-KANAK YANG TERLIBAT DALAM PEMENTASAN TARIAN KUDA KEPANG DI ANGGERIK MALL, SHAH ALAM TERMASUK PENARI ASYIK DAN PEMAIN GENDANG.
 BARONGAN

 TIDAK SABAR UNTUK MENUNJJUKKAN BAKAT DI ATAS PENTAS
 PEGAWAI PERPADUAN DAERAH PETALIG
 PEMENTASAN YANG HANGAT DAN MENDAPAT SAMBUTAN PENONTON
 GERAK TARI SERENTAK DAN SEIRING DENGAN ALUNAN MUZIK MEMUKAU PENONTON.
KANAK-KANAK SUNGGUH KOMITED DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL. TERIMA KASIH KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN SEKSYEN 24, SHAH ALAM DAN GURUNYA PN AZIZAH HUSSAIN.

tunggu untuk tahun 2010. apa projek cikgu azi.....

Wednesday, September 29, 2010

Mural



Membuat Mural Di Kelas Rakan

Wednesday, September 10, 2008

Friday, September 5, 2008

Thursday, August 28, 2008

KEPENTINGAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti


Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi


murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.

1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)


Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Wednesday, August 13, 2008

Alamat S24


Tabika Perpaduan Seksyen 24
No.2, Jalan Cili Satu 24/28A
Shah Alam

Guru

Azizah Bt. Hussain

Pembantu Guru

Masturah Bt. Thayar



iframe

Merasa Alam I